13/01/2012 - jumaat-PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PEINGKAT NEGERI JOHOR
PEPERIKSAAN SDEA,SMA.SMRA.PMR.SIB DAN UPKK.DI SMAKJ. DI JANGKA
1000 TETAMU AKAN HADIR
09/01/2012- (isnin) Daftar Pelajar Baru Tingkatan 1 dan 15 pelajar
tahfiz t4 dari Maahad Johor
03/01/2012 - (selasa) pelajar T2,T3,T4,T5 lapur diri pukul 3 ptg
28/12/2011 - mesyuarat guru
ANALISIS PMR 2011 SMAKJ
9A - 27 PELAJAR
8A - 34 PELAJAR
7A - 20 PELAJAR
6A - 14 PELAJAR
5A - 7 PELAJAR
4A - 6 PELAJAR
3A - 4 PELAJAR
2A - 1 PELAJAR
71 pelajar tidak dapat A bagi subjek BAHASA INGGERIS
33 pelajar tidak dapat A utk SEJARAH
29 pelajar tidak dapat A utk SAINS
19 tidak dapat A utk BAHASA ARAB
17 tidak dapat A utk GEOGRAFI
12 tidak dapat A utk MATEMATIK
6 tidak dapat A utk BAHASA MELAYU
6 tidak dapat A utk KEMAHIRAN HIDUP
5 tidak dapat A utk PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
KEPUTUSAN PMR 2010
Sudah tentu yang menjadi faktor penggalak saya untuk ber blogger ialah ...SMAKJ TELAH MELAHIRKAN 40 PELAJAR 9A dan hampir 30 pelajar mendapat 8A DALAM PEPERIKSAAN PMRTAHUN 2010...YA buat pertama kalinya sejarah tercipta sejak penubuhan SMAKJ pada 1980an
dan SMAKJ menduduki tempat ke 6 untuk seluruh negeri Johor dan GPS, kita hanya berbeza sebanyak 0.01 dengan sekolah gred A Kementerian Pendidikan iaitu Sek.Tinggi Kluang
dan SMAKJ menduduki tempat ke 6 untuk seluruh negeri Johor dan GPS, kita hanya berbeza sebanyak 0.01 dengan sekolah gred A Kementerian Pendidikan iaitu Sek.Tinggi Kluang
Majlis penyampaian hadiah sempena Hari Sukan Sekolah Smakj 2010 yang di rasmikan oleh pegawai dari PPD Kluang
Ramai kenalan yang mengucapkan tahniah apabila bertembung. Sebagai gpk hem sekolah ini saya sangat gembira dengan keputusan itu..walaupun sebenarnya di hati kecil ini, saya sebagai seorang bapa agak sedih! DAN ustaz Fuad ketua warden tentu merasa sangat gembira dengan keputusan PMR SMAKJ dan sebagai seorang bapa sudah tentu ia tak merasa sedih!
(...sedih ?..saya akan beritahu pada akhir tulisan ini kalau sempat)
Sebenarnya SEJARAH TERCIPTA DI SMAKJ pada tahun 2008 yang membawa terciptanya sejarah bagi tahun 2010
Sejarah ini dimulakan dengan tindakan PENGARAH Jabatan Agama Johor pada waktu itu (Yang Berbahagia Datok Zalil Baron) yang telah mengambil keputusan untuk MEMBERI KEUTAMAAN kepada pelajar yang mendapat 5A dan 4A dalam peperiksaan UPSR untuk PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2008 di SMAKJ. Pada tahun-tahun sebelumya kelulusan UPSR pelajar-pelajar yang mendaftar masuk ke tingkatan 1 di smakj adalah pelbagai...ada yang 5A, ada 4A, 3A dan yang takde A pun masuk...terutama pada SECOND INTAKE atau pengambilan ke 2.
Pada tahun 2008 itu isu hangat yang diperkatakan ialah kenapa pelajar SRAB yang mendapat 4A iaitu sekolah yang diperkenalkan oleh kerjaan negeri Johor) tidak diberi keutamaan , sebaliknya keutamaan diberikan oleh Datuk Pengarah kepada pelajar lulusan 5A UPSR dari sekolah kebangsaan.Walaubagaimanapun, dasar itu telah pun berubah.
GENERASI PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2008 ITULAH YANG TELAH MENGAMBIL PEPERIKSAAN PMR 2010 DAN ..ITULAH KEPUTUSANNYA!
Oleh itu pujia-pujian yang diberikan kepada pelajar-pelajar berkenaan, kepada guru-guru yang mengajar, guru-guru kaunseling yang telah mengatur berbagai kursus motivasi, termasuk guru-guru tuisyen berpengalaman dari sekolah lain yang sentiasa ingin mencurahkan ilmu mereka, tak lupa kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...MAKA TAK LUPA JUGA KEPADA ORANG YANG TELAH MENYEDIAKAN "BAHAN YANG LEBIH BERKUALITI UNTUK MEBUAT KUEH YANG LEBIH ENAK"..TAK LAIN TAK BUKAN YANG BERBAHAGIA DATO' ZALIL BIN BARON, IAITU MANTAN PENGARAH JABATAN AGAMA JOHOR
Pada tahun 2008 juga Datuk Zalil telah mengambil inisiatif memperkenalkan PROGRAM TAHFIZ IBNU SINA di SMAKJ dengan pengambilan 30 pelajar lelaki.
Tujuan utama program ini adalah hendak melahirkan DOKTOR-DOKTOR AL HAFIZ LULUSAN UNIVERSITI TERTUA DI DUNIA YANG TELAH DITUBUHKAN SERIBU TAHUN DAHULU IAITU UNIVERSITI AL AZHAR MESIR.
Pelajar TAHFIZ 2008 telah menduduki PMR pada 2010 dan mereka akan mendudki peperiksaan SPM pada 2011...tahun depan !..Apabila keputusan SPM diumumkan pada mac 2013 maka akan ada di antara mereka akan pergi melanjutkan ke Fakulti Perubatan di Al Azhar Mesir(..saya tak berapa pasti berapakah kuota yang diberikan oleh Al Azhar kepada kita.
Pada masa ini telah ada bebrapa mantan pelajar SMAKJ yang sedang melanjutkan pelajaran di AL Azhar dalam bidang perubatan, tetapi mereka telah melanjutka pelajaran di DARUL QURAN selama 1 tahun terlebih dahulu barulah mereka layak ke sana.
KENANGAN DI KAHERAH , MESIR
KETIKA ARTIKEL INI DITULIS, SEDANG BERLAKU HURU HARA DI BANDAR KAHERAH
DI MANA BERIBU-RIBU RAKYATNYA KELUAR KE JALAN RAYA MENUNTUT PERLETAKAN JAWATAN PRESIDEN HOSNI MUBARAK (82 TAHUN) YANG TELAH BERKUASA SECARA KUKUBESI SELAMA 30 TAHUN
JUGA RAKYAT YAMAN MENUNTUT PRESIDEN ALI ABDULLAH SALLEH MELETAKKAN JAWATAN
PERISTIWA INI TERCETUS OLEH 'REVOLUSI JASMINE' YANG BERLAKU DI TUNISIA MINGGU LEPAS YANG DICETUSKAN PERISTIWA SEORANG PEMUDA BERNAMA MOHAMAD BOAZIZI YANG MEMBAKAR DIRI SETELAH GERAI JUALAN DIRAMPAS PIHAK BERKUASA DAN DIAIBKAN APABILA DITAMPAR OLEH SEORANG POLIS WANITA.. TELAH MENYEBABKAN TUMBANGNYA PEMERINTAHAN KUKU BESI SELAMA 25 TAHUN OLEH PRESIDEN BEN ALI
Kami mengambil peperiksaan SPM pada 2012 dan keputusannya pada 2013. -Fraternity Generasi 21 SMAKJ-
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam.
BalasPadamselamat berblog..
insyaAllah SMAKJ akan terus maju..cikgu harapan saya agar solat fardhu subuh berjemaah semua sekali yang pernah diwajibkan tahun 2010 berkekalan di SMAKJ .sebab mungkin itu antara salah satu faktor kejayaannya..
(teringat kata us.masyitah tahun lepas."klu tahun ini mampu buat solat fardhu subuh berjemaah insyaAllah kurang masalah disiplin dan keputusan cemerlang")
sampaikan salam buat semua guru SMAKJ tercinta..doakan kejayaan kami...
pelajar SPM 2o1o/19gent..
terima kasih cikgu!!
BalasPadamsemuanya di atas usaha dan berkat doa guru2 juga!!
PMR 2010..
21st generation,,
mira ali,patut kah kite b'bangga??..ish3~
BalasPadam