BIL PENGUNJUNG

Sabtu, 31 Disember 2011

PESANAN PERTAMA sebagai ppad kota

Sebagai muhasabah dalam memulakan langkah 2012, MARILAH kita merenung wasiat dan nasihat Hassan al-Banna yang sangat relevan dan hidup kata-katanya walaupun beliau sudah tiada lagi antaranya:





  • Segeralah tunaikan solat pada awal waktu iaitu kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. 

    Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq. 

    Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran di mulakan dengan menyebut solat pada awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat di medan perang walaupun pada saat genting dan cemas.






  • Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangkan mengisi masa yang tidak bertujuan. 

    Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. 

    Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir! Di sini ada ketenteraman, kedamaian dan keselamatan. Jadilah hamba yang sejahtera.







  • Dorong diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. 







  • Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Ayuh! Apa tunggu lagi bukalah ruang walaupun seminit!






  • Usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, syaitan namanya!






  • Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum. Baginda ketawa kena pada tempatnya.

    Bagaimanapun berpada-pada saja wahai kawan, Plato juga berharap supaya pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa dan lawak bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing.

    Begitu juga pendapat Aristotle, supaya belia ditegah daripada menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, agar tidak menular keburukan dalam diri!







  • Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai. 







  • Kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain pula. Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.




  • Itulah katanya suara keldai! Surah al-Isra’ memberi tip kepada kita. Jangan keraskan suaramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya. 






  • Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah lain! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. 

    Sukakah anda makan daging? Pasti anda suka! Tapi sukakah anda makan daging kawan anda yang sudah mati? Sekali-kali tidak! Begitulah dosa orang yang mengumpat. 

    Bertaubatlah jika anda mengumpat tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi, untuk menghapuskan kemungkaran atau kerana memberi amaran kepada Muslim lain mengenai kejahatan dan mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.






  • Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekali pun mereka tidak diminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. 

    Salam kemesraan adalah untuk sejagat. 

    Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa, lapisan dan darjat datang berkunjung. Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi. 






  • Maksimumkan faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. 

    Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda. Bersegeralah, kerana dalam sabda Nabi yang bermaksud: “Bertindak segeralah melakukan amal...” (Diulang 7 kali..). Sayangilah masa saudaramu, hormatilah waktu mereka, usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya.


  • DIARI HARIANKU

    13/01/2012 - MAJLIS KECEMERLANGAN PERINGKAT NEGERI DI SMAKJ KLUANG
    12/01/2012 - MESYUARAT DENGAN SEMUA GURU BESAR 
                          SEK. AGAMA DAERAH KOTA TINGGI
    11/01/2012 - MESYUARAT DI PIS JB
    10/01/2012 - MESYUARAT DI PIS JB
    09/01/2012 - MESYUARAT DI MUAR
    06/01/2012 - MAJLIS TANDATANGAN SBPA DI KOTA TINGGI
    05/01/2012 - KHAMIS.MESYUARAT DI PIS JB
    01/01/2012 - AHAD.TAKLIMAT SBPA DI PUSAT ISLAM 
                          ISKANDAR(PIS) JB


    Pada hari rabu 28/12/2011 saya menghadiri majlis TAFAQQOH ILMI di Jabatan Mufti Johor.Di rasmikan oleh tuan mufti yang membincangkan tentang khilafiyah atau perbezaan pendapat di kalangan mazhab.Ceramah  bertajuk FIQH KHILAFIYAH:KEPENTINGANNYA DALAM PENYELESAIAN MASALAH UMMAH disampaikan oleh Dr Arieff Salleh bin Rosman pensyarah Fakulti Tamaddun Islam UTM yang juga ahli majlis fatwa negeri Johor menggantikan ustaz Salleh Sinwan yang baru meninggal dunia bebarapa bulan lepas.


    Pada pagi hari khamis 29/12/2011 saya telah pergi ke Sekolah Men Agama Bandar Tenggara.Pada hari itu saya telah menemuduga 2 pemohon yang memohon mendapatkan kontrak menjalankan perkhidmatan dewan makan


    Pada hari jumaat 30/12/2011 telah ke Bahagian Pendidikan JAJ di Johor bahru untuk sains opsyen umur bersara 60 tahun...terasa kepenatan kerana bergerak setiap hari. Saya singgah di Masjid Air Molek ..baring di bahagian ruang belakang dan tertidur hinggalah azan asar bergema.


    Malamnya saya menumpang tidur di rumah kakak di Kempas kerana esoknya sabtu 31/12/11 adalah Hari Hol dan  saya akan hadir ke Makam Diraja Mahmoodiah pada pukul 8 pagi.Pukul 5 pagi saya sudah keluar menuju ke masjid Air Molek..mandi dan sebagainya dan sembahyang subuh berjemaah .Mufti pun ada sama berjemaah kena rumah beliau berhampiran dengan masjid ini.



    Hari ahad 1/1/2012 hari pertama tahun baru akn ke JAJ kerana ada taklimat SBPA oleh JPA.Program ini dihadiri oleh semua PPAD,Staf JAJ dan guru-guru SMAKJ dan Maahaj Johor untuk sesi 830 am hingga 10 pagi dan seterusnya menendatangani borang gaji SSm ke SBPA. Seisi ke2 bermula 1030 untuk lain-lain kakitangan

    Sabtu, 24 Disember 2011

    INI CIKGU ENGKU..KAN ?

    Hari selasa 20dis 2011 adalah hari pertama saya memulakan tugas di PPAD Kota Tinggi.Pukul 6.30 am bertolak dari rumah di Taman Delima 2 kluang. Hujan sekejap lebat dan sekejap renyai, jadi pemanduan hanya di sekitar 60 dan 70 km/j sahaja.Tepat jam 8 am sampai di PPAD Kota di tingkat 4 bangunan Sultan Iskandar.

    Ketika duduk di bilik untuk meredakan kepenatan , saya di jemput untuk sama-sama membaca ALQURAN dan mendengar terjemahannya di bilik sebelah, Saya diberitahu majlis ini dilakukan pada setiap pagi.Pada setiap pagi hari jumaat pula majlis ini di buat di ruang legar tingkat 4 bersama dengan 3 jabatan kerajaan yang lain.Selepas tamat majlis saya membuat ucapan sulung iaitu ucapan pertama saya

    sain...,sain...., sain..(bukan subjek sains).Kerja saya pada hari pertama berkisar kepada sain iaitu menandatangani surat-surat yang sampai di pejabat.Dengan bantuan kerani saya 'tick' bahagian mana yang perlu terima surat itu untuk tindakan seterusnya ..samada ke UPS atau ke UPA...dan sebagainya
    Ada surat pertukaran dan juga surat perlantikan guru.

    Ada 3 surat jemputan untuk menghadiri majlis:

    1)  23 dis(jumaat) program Satu Komuniti Satu 1 JPJ bersama
         Pengarah JPJ Malaysia dan YB Dr Idham ADUN  Pasir
         Raja  di  Dewan Taman Kota Jaya Kota Tinggi  

    2)  28 dis (rabu)Majlis Tafakoh di Jabatan Kehakiman Syariah di
         Johor Bahru

    3) 31 dis ialah Hari Hol dan akan berada di Makam Diraja
         Mahmoodiah Johor Bahru

    Pukul 5 petang, turun lif untuk pulang ke Kluang.Lif berhenti di tingkat ..saya tak pasti tingkat 2 atau 3. Ramai staf-staf lain jabatan pun masuk ke lif .Salah seorang yang masuk.., seorang wanita dalam usia 20-30an. Saya tengok dia,..dia tengok saya,..macam kenal je...

    Apabila lft berhenti di bawah...semua yang ada dalam lif pun keluar...dan tiba-tiba, wanita tadi berpaling ke arah saya,.. dan berkata 'INI CIGKU ENGKU KAN' ? 

    Saya menjawab'  YA, SAYA  CIKGU ENGKU. DULU AWAK SMAKJ KE MAAHAD JOHOR?

    'SAYA SMAKJ LAH CIKGU..KAN CIKGU AJAR SAYA DULU' katanya

    kemudian kami berbual tapi tak lama sebab nak balik rumah masing... 

    Rabu, 14 Disember 2011

    SAYONARA SMAKJ

    Pada hari selasa  7/12/11 lebih kurang pukul 9.30 am ,saya berada di pejabat sekolah smakj.Perbualan saya dengan gpk 1 berkisar kepada kedatangan Ustaz Kamarudin daripada PPAD Pontian yang telah mendapat arahan berpindah ke smakj.
    Tiba-tiba terdengar bunyi mesin fax dan kerani puan fadila mengambil beberapa keping surat fax yang masuk.
    "Cikgu engku, ini surat" kata puan fadila
    Saya mengambil surat itu dan membacanya...."perintah bertukar ke PPAD Kota Tinggi..."

    Apo nak dikato....SAYONARA  SMAKJ...WELCOME PPAD KOTA ...BALIK KAMPUNG....

    Isnin, 14 Februari 2011

    KERJA BAIK PULIH DI ASRAMA 2011



    (1)
    KERJA BAIK PULIH DI ASRAMA LELAKI SASTERA
    ARAS  2, BLOK C oleh JABATAN AGAMA JOHOR
    (KOS : RM5O 455.60)

    BLOK ASRAMA INI ADALAH SALAH SATU DRP 4 BLOK ASRAMA YANG TELAH BERUSIA 20 TAHUN !
    SUDAH TENTU MEMERLUKAN LEBIH BANYAK DUIT UNTUK DIPULIHKAN DAN DISELENGGARAKAN  

    Kerja baik pulih yang dimulakan 1 minggu sebelum naik sekolah 2011 telah siap sepenuhnya pada hari khamis 2 feb 2011 dan siap dipasang kipas pada 13 feb 2011.

    Kerja melibatkan baik pulih 6 bilik asrama, 16 bilik mandi, 16 tandas, 1 bilik basuh, 1 store


    JENANG TINGKAP KAYU YANG TELAH DIMAKAN ANAI-ANAI DIGANTI DENGAN JENANG ALUMINIUM 

    BAHAGIAN DALAM BILIK
    CERMIN BARU, JENANG TINGKAP BARU,GRIL BARU, CAT BARU

    BILIK MANDI DENGAN PAIP DAN SHOWER BARU

    BILIK MANDI YANG SENGAJA TIDAK DIPASANG PINTU
    ( SEBELUM INI,PINTU BILIK AIR INI SELALU ROSAK)

    TANDAS DIBAIK PULIH DAN PINTU TANDAS PVC 28mm TEBAL dan 877mm X 2000mm TINGGI  DIPASANG YANG BARU
    SEBAB JARANG ROSAK
    LUBANG ANGIN YANG TIADA SEBELUM INI DI DIBUAT DI HUJUNG TANDAS
    BAHAGIAN ATAS
    BILIK BASUH
    diganti 16 kepala paip bilik basuh,16 kepala paip di bilik mandi, 16 di tandas, 16 kepala paip shower bilik mandi, 16 kepala paip CISTERN dan kelengkapannya di bilik tandas 

    NOTA: PADA 2009 SEMUA KIPAS DI SEMUA BLOK ASRAMA BERFUNGSI SEPENUHNYA DENGAN MELIBATKAN PEMBELIAN KIPAS-KIPAS BARU.TETAPI PADA 2010 DIDAPATI BANYAK KIPAS ROSAK@ DITANGGALKAN, TERUTAMA DI BLOK ASRAMA LELAKI.
    AMARAN: PENGHUNI BILIK AKAN DIDENDA DENGAN MEMBAYAR HARGA KIPAS JIKA KIPAS YANG BARU DIPASANG INI ROSAK @DITANGGALKAN



    (2)
    KERJA BAIK PULIH ARAS 2 BLOK B ASRAMA LELAKI SASTERA SEDANG DIJALANKAN DENGAN 70% SIAP
    OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR
    (KOS: RM40 638.00)


    Baik pulih lebih kurang sama dengan blok C kecuali tiada gril atas sebab dibuat lubang angin.Juga melibatkan penukaran kepala paip baru sebanyak 48 unit di dilik mandi, 48 unit di bilik basuh, 48 unit di bilik tandas, 48 kepala paip shower dan 48 unit CISTERN dan kelengkapannya di bilik tandas
    JUGAmelibatkan kerja mengecat dinding dan siling bilik asrama, bilik mandi dan bilik basuh aras 3. Memasang 1 unit tangki air serta alat kelengkapannya yang rosak termasuk penyambungan dari polypaip 50 mm diameter serta membaiki kepingan siling yang pecah.
    JUGA memasang pagar di tangga asrama(hand railing) yang telah patah



    LAIN-LAIN KEROSAKAN DI ARAS 3




    PADA 28-01-2011 SAYA TERIMA SMS DRP WARDEN .MISS RAFKAH YANG BERBUNYI

    " Salam cikgu. Ada beberapa mak pelajar tingkatan 4 mengadu bilik anak-anak mereka teruk diserang anai-anai.Bilik-bilik itu adalah A202,A203,A302,K03, K204"

     

    FAKTA:
    KEROSAKAN  KEPALA PAIP DI TANDAS DAN BILIK AIR SERTA BILIK MANDI JARANG BERLAKU DI ASRAMA PUTERI AISYAH DAN KHADIJAH. SEPANJANG 2010 HANYA 1 KIPAS DILAPORKAN ROSAK DI ASRAMA PUTERI!

    TETAPI

     SEBALIKNYA PADA 2010 BANYAK KEPALA PAIP AIR DAN KIPAS BILIK ASRAMA LELAKI DIDAPATI ROSAK ATAU DITANGGALKAN WALAUPUN SEKOLAH TELAH MENGHABISKAN BERIBU RINGGIT PADA 2009 
     MEMBELI KIPAS-KIPAS BARU!






    Isnin, 31 Januari 2011

    SAYONARA S M A K J



    BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA PELAJAR
     Tingkatan 4  (PMR 2010) YANG TELAH BERPINDAH
    KE SEKOLAH LAIN PADA JAN 2011


    sayonara SMAKJ....semoga anda sukses selalu

    1. MUHD SYUKUR KAMARUDDIN               SM SAINS SULTAN ISKANDAR MERSING
    2. MUHAMMAD IRFAN ZAIM ABD LATIF   SM SAINS SULTAN ISKANDAR MERSING
    3. NUR LIYANA IZZATI ZULKAPLI               SM SAINS SULTAN ISKANDAR MERSING
    4. ABDUL REZA ABDUL HALIM                     SMA PERSEKUTUAN KAJANG
    5. LUKMAN BIN YUSOF                                 SPPI SELANDAR MELAKA
    6. MUHAMAD LUKMAN SAIRI                      SPPI SELANDAR MELAKA
    7. AMIRUL HAZIQ MOHAMAD                      MRSM PONTIAN
    8. HADI ZAKUAN BAHAROM                        MRSM PONTIAN
    9. NURUL FAEQAH MD GHAZALI                 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
    10. NORZIYANA MOHD AKHIR                       KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
    11. SALSABILA MOHD AMRAN                       SM SAINS MUAR
    12. NUR SHAKIRAH ROSLI                               SM SAINS MUAR
    13. MUHAMAD AZMAN AFIQ JAMAL             SMK SULTAN HJ AHMAD SHAH PAHANG 
    14. ZULFIKRI ZAHARI                                        SM TUANKU JAAFAR SERENBAN
    15. MUHAMMAD ANIS MAT KHALA              SM TEKNIK MELAKA 
    16. MUHAMMAD NAZMI SYUKRI HUSIN          -
    17. SYAHIRAH NADIA AZMI                                -

    Ahad, 30 Januari 2011

    KISAH PENEMUAN KAPAL NABI NOH & VIDEO EKSPEDISI

    1) REPLIKA KAPAL NABI NOH TELAH DIBINA DI BELANDA OLEH JOHN HUIBERS




    2) KISAH KAPAL NABI NOH DITEMUI DI PERGUNUNGAN ARARAT TURKI PADA 1949





    VIDEO EKSPEDISI DALAM KAPAL NABI NOH YANG DIBIAYAI
    OLEH BAGINDA SULTAN BRUNEI 







    Sabtu, 29 Januari 2011





    13/01/2012 - jumaat-PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PEINGKAT NEGERI JOHOR
                         PEPERIKSAAN SDEA,SMA.SMRA.PMR.SIB DAN UPKK.DI SMAKJ. DI JANGKA 
                         1000 TETAMU AKAN HADIR
    09/01/2012- (isnin) Daftar Pelajar Baru Tingkatan 1 dan 15 pelajar 
                                    tahfiz t4 dari Maahad Johor
    03/01/2012 - (selasa) pelajar T2,T3,T4,T5 lapur diri pukul 3 ptg
    28/12/2011 - mesyuarat guru 

    ANALISIS PMR 2011 SMAKJ
    9A  - 27 PELAJAR
    8A  - 34 PELAJAR
    7A  - 20 PELAJAR
    6A  - 14 PELAJAR
    5A  - 7  PELAJAR
    4A  - 6  PELAJAR
    3A  - 4  PELAJAR
    2A - 1  PELAJAR

    71 pelajar tidak dapat A bagi subjek BAHASA INGGERIS
    33 pelajar tidak dapat A utk SEJARAH
    29 pelajar tidak dapat A utk SAINS
    19 tidak dapat A utk BAHASA ARAB
    17 tidak dapat A utk GEOGRAFI
    12 tidak dapat A utk MATEMATIK
    6 tidak dapat A utk BAHASA MELAYU
    6 tidak dapat A utk KEMAHIRAN HIDUP
    5 tidak dapat A utk PENDIDIKAN AGAMA ISLAM


    KEPUTUSAN PMR 2010
    Sudah tentu yang menjadi faktor penggalak saya untuk ber blogger ialah ...SMAKJ TELAH MELAHIRKAN 40 PELAJAR 9A dan hampir 30 pelajar mendapat 8A DALAM PEPERIKSAAN PMRTAHUN 2010...YA buat pertama kalinya sejarah tercipta sejak penubuhan SMAKJ pada 1980an
    dan SMAKJ menduduki tempat ke 6 untuk seluruh negeri Johor dan GPS, kita hanya berbeza sebanyak 0.01 dengan sekolah gred A Kementerian Pendidikan iaitu Sek.Tinggi Kluang

    Majlis penyampaian hadiah sempena Hari Sukan Sekolah Smakj 2010 yang di rasmikan oleh pegawai dari PPD Kluang 
    Ramai kenalan yang mengucapkan tahniah apabila bertembung. Sebagai gpk hem sekolah ini saya sangat gembira dengan keputusan itu..walaupun sebenarnya di hati kecil ini, saya sebagai seorang bapa agak sedih! DAN ustaz Fuad ketua warden tentu merasa sangat gembira dengan keputusan PMR SMAKJ dan sebagai seorang bapa sudah tentu ia tak merasa sedih! 
    (...sedih ?..saya akan beritahu pada akhir tulisan ini kalau sempat)

    Sebenarnya SEJARAH TERCIPTA DI SMAKJ pada tahun 2008 yang membawa terciptanya sejarah bagi tahun 2010

    Sejarah ini dimulakan dengan tindakan PENGARAH Jabatan Agama Johor pada waktu itu (Yang Berbahagia Datok Zalil Baron) yang telah mengambil keputusan untuk MEMBERI KEUTAMAAN kepada pelajar yang mendapat 5A dan 4A dalam peperiksaan UPSR untuk PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2008 di SMAKJ. Pada tahun-tahun sebelumya kelulusan UPSR pelajar-pelajar yang mendaftar masuk ke tingkatan 1 di smakj adalah pelbagai...ada yang 5A, ada 4A, 3A dan yang takde A pun masuk...terutama pada SECOND INTAKE atau pengambilan ke 2.
    Pada tahun 2008 itu isu hangat yang diperkatakan ialah kenapa pelajar SRAB yang mendapat 4A iaitu sekolah yang diperkenalkan oleh kerjaan negeri Johor) tidak diberi keutamaan , sebaliknya keutamaan diberikan oleh Datuk Pengarah kepada pelajar lulusan 5A UPSR dari sekolah  kebangsaan.Walaubagaimanapun, dasar itu telah pun berubah.

    GENERASI PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2008 ITULAH YANG TELAH MENGAMBIL PEPERIKSAAN PMR 2010 DAN ..ITULAH KEPUTUSANNYA!

    Oleh itu pujia-pujian yang diberikan kepada pelajar-pelajar berkenaan, kepada guru-guru yang mengajar, guru-guru kaunseling yang telah mengatur berbagai kursus motivasi, termasuk guru-guru tuisyen berpengalaman dari sekolah lain yang sentiasa ingin mencurahkan ilmu mereka, tak lupa kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...MAKA TAK LUPA JUGA KEPADA ORANG YANG TELAH MENYEDIAKAN "BAHAN YANG LEBIH BERKUALITI UNTUK MEBUAT KUEH YANG LEBIH ENAK"..TAK LAIN TAK BUKAN YANG BERBAHAGIA DATO' ZALIL BIN BARON, IAITU MANTAN PENGARAH JABATAN AGAMA JOHOR

    Pada tahun 2008 juga Datuk Zalil telah mengambil inisiatif memperkenalkan PROGRAM TAHFIZ IBNU SINA di SMAKJ dengan pengambilan 30 pelajar lelaki.
    Tujuan utama program ini adalah hendak melahirkan DOKTOR-DOKTOR  AL HAFIZ LULUSAN UNIVERSITI TERTUA DI DUNIA YANG TELAH DITUBUHKAN SERIBU TAHUN DAHULU IAITU UNIVERSITI AL AZHAR MESIR.
    Pelajar TAHFIZ 2008 telah menduduki PMR pada 2010 dan mereka akan mendudki peperiksaan SPM pada 2011...tahun depan !..Apabila keputusan SPM diumumkan pada mac 2013 maka akan ada di antara mereka akan pergi melanjutkan ke Fakulti Perubatan di Al Azhar Mesir(..saya tak berapa pasti berapakah kuota yang diberikan oleh Al Azhar kepada kita.
    Pada masa ini telah ada bebrapa mantan pelajar SMAKJ yang sedang melanjutkan pelajaran di AL Azhar dalam bidang perubatan, tetapi mereka telah melanjutka pelajaran di DARUL QURAN selama 1 tahun terlebih dahulu barulah mereka layak ke sana.

    KENANGAN DI KAHERAH , MESIR 





    KETIKA ARTIKEL INI DITULIS, SEDANG BERLAKU HURU HARA DI BANDAR KAHERAH
    DI MANA BERIBU-RIBU RAKYATNYA KELUAR KE JALAN RAYA MENUNTUT PERLETAKAN JAWATAN PRESIDEN HOSNI MUBARAK (82 TAHUN) YANG TELAH BERKUASA SECARA KUKUBESI SELAMA 30 TAHUN
    JUGA RAKYAT YAMAN MENUNTUT PRESIDEN  ALI ABDULLAH SALLEH MELETAKKAN JAWATAN
    PERISTIWA INI TERCETUS OLEH 'REVOLUSI JASMINE' YANG BERLAKU DI TUNISIA MINGGU LEPAS YANG DICETUSKAN PERISTIWA SEORANG PEMUDA BERNAMA MOHAMAD BOAZIZI YANG MEMBAKAR DIRI SETELAH GERAI JUALAN DIRAMPAS PIHAK BERKUASA DAN DIAIBKAN APABILA DITAMPAR OLEH SEORANG POLIS WANITA.. TELAH MENYEBABKAN TUMBANGNYA PEMERINTAHAN KUKU BESI SELAMA 25 TAHUN OLEH PRESIDEN BEN ALI