BIL PENGUNJUNG

Sabtu, 31 Disember 2011

PESANAN PERTAMA sebagai ppad kota

Sebagai muhasabah dalam memulakan langkah 2012, MARILAH kita merenung wasiat dan nasihat Hassan al-Banna yang sangat relevan dan hidup kata-katanya walaupun beliau sudah tiada lagi antaranya:





  • Segeralah tunaikan solat pada awal waktu iaitu kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. 

    Di situ ada sumber kejayaan, pertolongan dan taufiq. 

    Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran di mulakan dengan menyebut solat pada awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat di medan perang walaupun pada saat genting dan cemas.






  • Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangkan mengisi masa yang tidak bertujuan. 

    Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. 

    Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir! Di sini ada ketenteraman, kedamaian dan keselamatan. Jadilah hamba yang sejahtera.







  • Dorong diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. 







  • Sebut dulu walaupun tidak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Ayuh! Apa tunggu lagi bukalah ruang walaupun seminit!






  • Usahlah bertarung idea tanpa adabnya. Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan, syaitan namanya!






  • Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum. Baginda ketawa kena pada tempatnya.

    Bagaimanapun berpada-pada saja wahai kawan, Plato juga berharap supaya pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa dan lawak bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing.

    Begitu juga pendapat Aristotle, supaya belia ditegah daripada menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, agar tidak menular keburukan dalam diri!







  • Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai. 







  • Kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakiti hati orang lain pula. Luqman al-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya.




  • Itulah katanya suara keldai! Surah al-Isra’ memberi tip kepada kita. Jangan keraskan suaramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya. 






  • Usahlah mengumpat dan usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah lain! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. 

    Sukakah anda makan daging? Pasti anda suka! Tapi sukakah anda makan daging kawan anda yang sudah mati? Sekali-kali tidak! Begitulah dosa orang yang mengumpat. 

    Bertaubatlah jika anda mengumpat tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi, untuk menghapuskan kemungkaran atau kerana memberi amaran kepada Muslim lain mengenai kejahatan dan mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.






  • Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekali pun mereka tidak diminta berbuat demikian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. 

    Salam kemesraan adalah untuk sejagat. 

    Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa, lapisan dan darjat datang berkunjung. Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi. 






  • Maksimumkan faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. 

    Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda. Bersegeralah, kerana dalam sabda Nabi yang bermaksud: “Bertindak segeralah melakukan amal...” (Diulang 7 kali..). Sayangilah masa saudaramu, hormatilah waktu mereka, usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya.


  • DIARI HARIANKU

    13/01/2012 - MAJLIS KECEMERLANGAN PERINGKAT NEGERI DI SMAKJ KLUANG
    12/01/2012 - MESYUARAT DENGAN SEMUA GURU BESAR 
                          SEK. AGAMA DAERAH KOTA TINGGI
    11/01/2012 - MESYUARAT DI PIS JB
    10/01/2012 - MESYUARAT DI PIS JB
    09/01/2012 - MESYUARAT DI MUAR
    06/01/2012 - MAJLIS TANDATANGAN SBPA DI KOTA TINGGI
    05/01/2012 - KHAMIS.MESYUARAT DI PIS JB
    01/01/2012 - AHAD.TAKLIMAT SBPA DI PUSAT ISLAM 
                          ISKANDAR(PIS) JB


    Pada hari rabu 28/12/2011 saya menghadiri majlis TAFAQQOH ILMI di Jabatan Mufti Johor.Di rasmikan oleh tuan mufti yang membincangkan tentang khilafiyah atau perbezaan pendapat di kalangan mazhab.Ceramah  bertajuk FIQH KHILAFIYAH:KEPENTINGANNYA DALAM PENYELESAIAN MASALAH UMMAH disampaikan oleh Dr Arieff Salleh bin Rosman pensyarah Fakulti Tamaddun Islam UTM yang juga ahli majlis fatwa negeri Johor menggantikan ustaz Salleh Sinwan yang baru meninggal dunia bebarapa bulan lepas.


    Pada pagi hari khamis 29/12/2011 saya telah pergi ke Sekolah Men Agama Bandar Tenggara.Pada hari itu saya telah menemuduga 2 pemohon yang memohon mendapatkan kontrak menjalankan perkhidmatan dewan makan


    Pada hari jumaat 30/12/2011 telah ke Bahagian Pendidikan JAJ di Johor bahru untuk sains opsyen umur bersara 60 tahun...terasa kepenatan kerana bergerak setiap hari. Saya singgah di Masjid Air Molek ..baring di bahagian ruang belakang dan tertidur hinggalah azan asar bergema.


    Malamnya saya menumpang tidur di rumah kakak di Kempas kerana esoknya sabtu 31/12/11 adalah Hari Hol dan  saya akan hadir ke Makam Diraja Mahmoodiah pada pukul 8 pagi.Pukul 5 pagi saya sudah keluar menuju ke masjid Air Molek..mandi dan sebagainya dan sembahyang subuh berjemaah .Mufti pun ada sama berjemaah kena rumah beliau berhampiran dengan masjid ini.



    Hari ahad 1/1/2012 hari pertama tahun baru akn ke JAJ kerana ada taklimat SBPA oleh JPA.Program ini dihadiri oleh semua PPAD,Staf JAJ dan guru-guru SMAKJ dan Maahaj Johor untuk sesi 830 am hingga 10 pagi dan seterusnya menendatangani borang gaji SSm ke SBPA. Seisi ke2 bermula 1030 untuk lain-lain kakitangan

    Sabtu, 24 Disember 2011

    INI CIKGU ENGKU..KAN ?

    Hari selasa 20dis 2011 adalah hari pertama saya memulakan tugas di PPAD Kota Tinggi.Pukul 6.30 am bertolak dari rumah di Taman Delima 2 kluang. Hujan sekejap lebat dan sekejap renyai, jadi pemanduan hanya di sekitar 60 dan 70 km/j sahaja.Tepat jam 8 am sampai di PPAD Kota di tingkat 4 bangunan Sultan Iskandar.

    Ketika duduk di bilik untuk meredakan kepenatan , saya di jemput untuk sama-sama membaca ALQURAN dan mendengar terjemahannya di bilik sebelah, Saya diberitahu majlis ini dilakukan pada setiap pagi.Pada setiap pagi hari jumaat pula majlis ini di buat di ruang legar tingkat 4 bersama dengan 3 jabatan kerajaan yang lain.Selepas tamat majlis saya membuat ucapan sulung iaitu ucapan pertama saya

    sain...,sain...., sain..(bukan subjek sains).Kerja saya pada hari pertama berkisar kepada sain iaitu menandatangani surat-surat yang sampai di pejabat.Dengan bantuan kerani saya 'tick' bahagian mana yang perlu terima surat itu untuk tindakan seterusnya ..samada ke UPS atau ke UPA...dan sebagainya
    Ada surat pertukaran dan juga surat perlantikan guru.

    Ada 3 surat jemputan untuk menghadiri majlis:

    1)  23 dis(jumaat) program Satu Komuniti Satu 1 JPJ bersama
         Pengarah JPJ Malaysia dan YB Dr Idham ADUN  Pasir
         Raja  di  Dewan Taman Kota Jaya Kota Tinggi  

    2)  28 dis (rabu)Majlis Tafakoh di Jabatan Kehakiman Syariah di
         Johor Bahru

    3) 31 dis ialah Hari Hol dan akan berada di Makam Diraja
         Mahmoodiah Johor Bahru

    Pukul 5 petang, turun lif untuk pulang ke Kluang.Lif berhenti di tingkat ..saya tak pasti tingkat 2 atau 3. Ramai staf-staf lain jabatan pun masuk ke lif .Salah seorang yang masuk.., seorang wanita dalam usia 20-30an. Saya tengok dia,..dia tengok saya,..macam kenal je...

    Apabila lft berhenti di bawah...semua yang ada dalam lif pun keluar...dan tiba-tiba, wanita tadi berpaling ke arah saya,.. dan berkata 'INI CIGKU ENGKU KAN' ? 

    Saya menjawab'  YA, SAYA  CIKGU ENGKU. DULU AWAK SMAKJ KE MAAHAD JOHOR?

    'SAYA SMAKJ LAH CIKGU..KAN CIKGU AJAR SAYA DULU' katanya

    kemudian kami berbual tapi tak lama sebab nak balik rumah masing... 

    Rabu, 14 Disember 2011

    SAYONARA SMAKJ

    Pada hari selasa  7/12/11 lebih kurang pukul 9.30 am ,saya berada di pejabat sekolah smakj.Perbualan saya dengan gpk 1 berkisar kepada kedatangan Ustaz Kamarudin daripada PPAD Pontian yang telah mendapat arahan berpindah ke smakj.
    Tiba-tiba terdengar bunyi mesin fax dan kerani puan fadila mengambil beberapa keping surat fax yang masuk.
    "Cikgu engku, ini surat" kata puan fadila
    Saya mengambil surat itu dan membacanya...."perintah bertukar ke PPAD Kota Tinggi..."

    Apo nak dikato....SAYONARA  SMAKJ...WELCOME PPAD KOTA ...BALIK KAMPUNG....