BIL PENGUNJUNG

Khamis, 4 Oktober 2012


GADIS 12 TAHUN PALING PINTAR DALAM DUNIA

OLIVIA MANNING

LONDON 4 Okt. - Seorang gadis Britain berusia 12 tahun diterima menganggotai komuniti IQ tinggi tertua dan terbesar di dunia, Mensa, selepas dia didapati lebih bijak daripada Albert Einstein dan Stephen Hawking.


 ALBERT EINSTEIN                                                


Olivia Manning yang berasal dari Liverpool, memperolehi 162 mata dalam ujian IQ, iaitu di atas purata 100 mata.

STEPHEN HAWKING
Pencapaian yang diperolehinya itu bukan
 sahaja
 dua mata lebih tinggi daripada ahli fizik Jerman, Einstein dan Profesor Hawking, tetapi juga meletakkannya dalam kalangan satu peratus manusia paling bijak di dunia.

Dia kini diberi penghormatan untuk menganggotai Mensa, sekali gus membolehkannya menyertai rangkaian orang-orang pintar di seluruh dunia.

Selepas disahkan sebagai genius, Manning juga kini telah menjadi selebriti di sekolahnya, North Liverpool Academy di Everton.

"Kini semakin ramai orang datang menemui saya untuk meminta bantuan menyelesaikan kerja sekolah mereka.

"Saya sememangnya sukakan cabaran yang boleh membuatkan otak saya terus berfikir," katanya.

Manning yang tinggal di Norris Green mengaku mempunyai cara untuk cepat memahami atau mengingati sesuatu maklumat baru, tetapi dia turut terkejut dengan keputusan ujian IQ yang dijalaninya


Ahad, 26 Ogos 2012

Asslamualaikum..Marilah kita saling maaf bermaafan...Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua warga guru agama dan sekolah menengah agama Kota Tinggi 2012.....sila baca pesanan pertama saya sebagai ppad di bawah ini, yang saya rasa masih relevan dan sentiasa relevan  walaupun telah hampir 8 bulan berlalu saya bertugas.....